Besar dan mudah dilihat dan baca.
Paparannya agak basic - untuk minyak, kelajuan dan odometer. high beam dan signal.
Skuter Honda Spacy ini mempunyai enjin 110cc 4 lejang. Ada kipas kecil di bahagian enjin untuk menyejukkan enjin. Ianya dikatakan boleh memberi penggunaan petrol sehingga 41.5 km seliter. Setakat ini penggunaan petrol sukter saya ini belum memberi penggunaan yang tepat kerana masih di fasa running in. Gearbox jenis CVT yang licin dan kita tidak rasa pun pertukaran gear. Dengan tangki minyak 5.2 liter ia dikatakan mampu memberi tunggangan sehingga 210km dengan tangki penuh.